HARI BERSAMA KOMUNITI 2018

Tarikh
: 13.07.2018
Masa
: 10 .00 pagi - 05.30 petang
Lokasi
: Pi Taman Murai Jaya
Peserta
: 114 orang

 

TUJUAN  :

  • Antara tujuan aktiviti ini diadakan untuk memperkenalkan lagi perkhidmatan Pusat Internet kepada masyarakat. Disamping itu muat turun aplikasi dashboard ini dijalankan, dan bagaimana dashboard berfungsi untuk memudahkan proses komunikasi antara komuniti setempat dengan petugas pusat internet dan memperkenalkan kemudahan komuniti yang hanya di hujung jari sahaja.Selain itu untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang penggunaan My Soal, My Shop, My Skool.Ahli yang berdaftar layak untuk menggunakan Aplikasi mudah alih ini.
  • Untuk menerangkan keseluruhan Aplikasi Dashboard kepada seluruh komuniti terdekat
  • Untuk menjadikan penduduk luar bandar dapat bersaing dengan penduduk bandar
  • Untuk mendedahkan perbezaan pemasaran tradisional dan pemasaran online.
  • Memperkenalkan perkhidmatan pemeriksaan asas percuma yang disediakan oleh Pusat Internet MyHealth
  • Untuk menambahkan lagi penggunaan peralatan My Health dan menarik pengunjung untuk berkunjung dengan lebih kerap ke Pusat Internet
  • Untuk menjadikan pengunjung mengamalkan gaya hidup yang sihat
  • Untuk melakukan saringan dalam kalangan pengunjung dengan dimulakan pengukuran berat dan pengukuran tekanan darah
  • Untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan peka terhadap masalah kesihatan

 

AKTIVITI  :

  • Pengunjung memuat turun aplikasi Dashboard melalui aplikasi google playstore sehingga selesai.
  • Petugas meminta pengunjung untuk “log in” no kad pengenalan dan “password” .
  • Pengunjung meng”explore” aplikasi yang telah dimuat turun
    • Pengenalan Dashboard Komuniti Dan Pelaksanaannya
  • Taklimat Aplikasi Dashboard Komuniti
  • Tayangan Video Dashboard Komuniti
  • Dashboard Mobile Installation
  • Kuiz Online Kahoot Dashboard Komuniti
  • Sesi soal jawab
  • Taklimat Mengenai My Komuniti Dan My Soal
  • Cara menghantar aduan dan hebahan komuniti
  • Kuiz
  • Petugas terlebih dahulu memberi taklimat dan penerangan mengenai aplikasi Dashboard kepada peserta yang terlibat
  • Petugas meminta para peserta untuk menimbang berat badan menggunakan penimbang yang disediakan di sudut My Health
  • Petugas memulakan aktiviti pemeriksaan tekanan darah para peserta
  • Petugas menerangkan mengenai tahap bacaan tekanan darah peserta
  • Para peserta di ajar cara-cara untuk mengira Body Mass Index (BMI)
  • Petugas menerangkan mengenai BMI yang ideal dan tidak ideal pada para pengunjung.
  • Petugas memberi nasihat asas kesihatan kepada pengunjung.

 

Klik Disini Untuk Melihat Gambar