SEJARAH DURIAN TUNGGAL

*Sekadar gambar hiasan (sumber dari google)

   

Menurut cerita orang tua - tua di kawasan ini, pekan ini di beri nama Durian Tunggal kerana pada masa dahulu terdapat seorang pak cik yang tinggal di hujung kampung. Pak cik tersebut tinggal seorang diri dan di kawasan rumahnya terdapat sepohon pokok durian. Pokok Durian tersebut tidak pernah berbuah. Diakhir hayatnya, pak cik tersebut telah meminta untuk dikebumikan di bawah pokok durian tersebut. Tidak lama kemudian pokok terseut telah menghasilkan buah tetapi hanya sebiji sahaja. Buah tersebut hanya boleh dimakan oleh ibu - ibu tunggal sahaja. Maka, disebabkan kejadian tersebut penduduk di kawasan ini telah memberi nama sebagai Durian Tunggal bagi mengenang riwayat pak cik tersebut.

 

 Durian Tunggal merupakan sebuah mukim yang terletak di Derah Alor Gajah, Melaka sejauh 3 kilometer Plaza Tol Ayer Keroh. Terdapat kolam takungan air utama yang terletak 3 kilometer dari Pekan Durian Tunggal menuju ke Selandar, Jasin. Kolam ini pernah kering pada tahun 80-an. Empangan Durian Tunggal telah dibina pada tahun 1974 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1976. Melaka pernah mengalami krisis air paling teruk dalam sejarahnya pada tahun 1991 apabila Empangan Durian Tunggal yang merupakan nadi bekalan air Negeri Melaka menjadi kering dalam kemarau yang panjang. Krisis ini telah dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek dengan membina kolam takungan air untuk dipam ke Empangan Durian Tunggal. Projek Penyaluran air sungai Muar - Melaka yang siap dilaksanakan pada tahun 1993 telah melengkapkan langkah mengatasi krisis air tersebut disamping menjamin bekalan air dalam jangka masa yang panjang di Negeri Melaka. Kini, Empangan Durian Tunggal mempunyai paras air sebanyak 54.8 peratus.

 

 Kini terdapat pelbagai tarikan baru yang menarik terdapat di Durian Tunggal seperti Serama Park yang terletak di kampung Padang Keladi. Juga litar go-kart Melaka International Motorsport Circut (MIMC) berdekatan Plaza Tol Ayer Keroh. Pada abad ke 21, tidak hairan jika pekan Durian Tunggal telah berubah dari sebuah pekan 'cowboy' ke pekan moden. Pekan Durian Tunggal merupakan bandar satelite untuk kawasan Ayer Keroh. Dipacukan lagi dengan pembangunan taman - taman baru juga infrastruktur serta pertambahan penambahan penduduk dikawasan Durian Tunggal tidak mustahil pekan ini akn menjadi sub-urban.

 

(sumber : Google)