SEJARAH DURIAN TUNGGAL

*Sekadar gambar hiasan (sumber dari google)

   

Menurut cerita orang tua - tua di kawasan ini, pekan ini di beri nama Durian Tunggal kerana pada masa dahulu terdapat seorang pak cik yang tinggal di hujung kampung. Pak cik tersebut tinggal seorang diri dan di kawasan rumahnya terdapat sepohon pokok durian. Pokok Durian tersebut tidak pernah berbuah. Diakhir hayatnya, pak cik tersebut telah meminta untuk dikebumikan di bawah pokok durian tersebut. Tidak lama kemudian pokok terseut telah menghasilkan buah tetapi hanya sebiji sahaja. Buah tersebut hanya boleh dimakan oleh ibu - ibu tunggal sahaja. Maka, disebabkan kejadian tersebut penduduk di kawasan ini telah memberi nama sebagai Durian Tunggal bagi mengenang riwayat pak cik tersebut.

 

 Durian Tunggal merupakan sebuah mukim yang terletak di Derah Alor Gajah, Melaka sejauh 3 kilometer Plaza Tol Ayer Keroh. Terdapat kolam takungan air utama yang terletak 3 kilometer dari Pekan Durian Tunggal menuju ke Selandar, Jasin. Kolam ini pernah kering pada tahun 80-an. Empangan Durian Tunggal telah dibina pada tahun 1974 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1976. Melaka pernah mengalami krisis air paling teruk dalam sejarahnya pada tahun 1991 apabila Empangan Durian Tunggal yang merupakan nadi bekalan air Negeri Melaka menjadi kering dalam kemarau yang panjang. Krisis ini telah dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek dengan membina kolam takungan air untuk dipam ke Empangan Durian Tunggal. Projek Penyaluran air sungai Muar - Melaka yang siap dilaksanakan pada tahun 1993 telah melengkapkan langkah mengatasi krisis air tersebut disamping menjamin bekalan air dalam jangka masa yang panjang di Negeri Melaka. Kini, Empangan Durian Tunggal mempunyai paras air sebanyak 54.8 peratus.

 

 Kini terdapat pelbagai tarikan baru yang menarik terdapat di Durian Tunggal seperti Serama Park yang terletak di kampung Padang Keladi. Juga litar go-kart Melaka International Motorsport Circut (MIMC) berdekatan Plaza Tol Ayer Keroh. Pada abad ke 21, tidak hairan jika pekan Durian Tunggal telah berubah dari sebuah pekan 'cowboy' ke pekan moden. Pekan Durian Tunggal merupakan bandar satelite untuk kawasan Ayer Keroh. Dipacukan lagi dengan pembangunan taman - taman baru juga infrastruktur serta pertambahan penambahan penduduk dikawasan Durian Tunggal tidak mustahil pekan ini akn menjadi sub-urban.

 

(sumber : Google)

 


 

SEJARAH ALOR GAJAH

     

 Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sengat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang tedapat di bandar ini. Disebabkan itu, penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah. Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke 12. Apabila berlaku penghijrahan beramai - ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, maka wujudlah pemerintahan Melayu di bandar Alor Gajah.

 

 

* (sumber image diperolehi dari google :https://aryien.wordpress.com/tag/sejarah-alor-gajah/ )

 

 Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu, seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalanakan dengan sempurna. Pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942.
      

 Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang. Pihak KTMB sedang merancang untuk membina semula laluan kereta apai hingga ke Bandaraya Melaka dari Pulau Sebang. Jika diluluskan projek itu akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke - 10. Daerah Alor Gajah juga turut terlibat dengan Projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik yang sedang giat dilaksanakan sekarang antara Seremban ke Gemas. Lokasi stesen KTMB Pulau Sebang sekarang akan dipindahkan beberapa meter ke arah selatan dari stesen sedia ada. Apabila stesen KTMB Pulau Sebang siap pada tahun 2012, ianya turut dilengkapi dengan Perhentian Bas dan Taksi Pulau Sebang. Hal ini kelak menjaidkan Pulau Sebang mempunyai sistem pengangkutan bersepadu yang melibatkan kereta api, bas dan teksi. Secara tidak langsung, Projek Sebang Sentral yang pernah diuar - uarkan menjadi kenyataan. Potensi bandar Pulau Sebang akan bertambah maju. Limpahan pembangunan bukan sahaja akan berlaku di bandar Alor Gajah tetapi turut dirasai dengan lain - lain kawasan yang berhampiran. Kerajaan Negeri Melaka mahukan Stesen KTMB Pulau Sebang kelak tidak lagi dibayangi dengan Tampin, sebaliknya Stesen KTMB ini merupakan stesen yang terletak di Daerah Alor Gajah, Melaka. Pengangkutan Alor Gajah boleh dihubungi melalui Lebuh Raya Utara - Selatan. Plaza Tol Simpang Ampat kira - kira 5 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan satu - satunya kawasan di negeri Melaka yang mempunyai stesen kereta api. Stesen Kereta Api Pulau Sebang terletak kira - kira 8 kilometer arah ke Tampin. Satu lagi stesen KTMB Daerah Alor Gajah terletak di Tebong. Walau bagaimanapun, tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Namun demikian, kerja - kerja naik taraf juga dilakukan kerana laluan landasan berkembar elektrik turut melalui stesen ini. Keluasan bandar Alor Gajah ialah 699.3km/segi bersamaan 66, 302 hektar yang terdiri daripada 30 mukim.

 

 

(peta Melaka : sumber Google)

(peta Alor Gajah : sumber Google)