Kesihatan memainkan peranan yang penting kerana individu yang sihat boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, sejajar dengan wawasan Kerajaan Pusat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada setiap rakyat Malaysia, sentiasa memberikan tumpuan bagi memperbaharui teknologi agar perkhidmatan terkini dalam bidang perubatan dapat ditawarkan kepada warga Melaka. Sasaran Kerajaan Melaka adalah untuk memastikan perkhidmatan di hospital dan klinik negeri disediakan dengan teknologi dan peralatan tercanggih supaya perkhidmatan kesihatan di Melaka dapat diiktiraf sebagai antara yang terbaik di negara dan setaraf dengan negara-negara maju.

 

Selain hospital dan klinik kesihatan kerajaan, terdapat juga beberapa pusat perubatan pakar swasta termasuk The Straits Hospital, Mahkota Medical Centre, Pantai Specialist Hospital dan Putra Hospital yang menyediakan perkhidmatan kesihatan penuh. Di samping itu, terdapat ratusan klinik swasta bagi merawat penyakit-penyakit yang kurang serius. Lokasi institusi-institusi perubatan ini terletak di serata negeri Melaka, baik di kawasan bandar mahupun luar bandar. Ianya penting untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang sekata dan saksama kepada semua warga Melaka. Di samping itu, ianya juga adalah untuk memudahkan pesakit mendapatkan rawatan perubatan.Sesuai dengan misi kerajaan Malaysia untuk menjadi negara pelancongan perubatan.


Bilangan Kemudahan Kesihatan Kerajaan Mengikut Jenis

 Jenis Bilangan
Hospital Awam 3
Hospital Tentera 1
Hospital Swasta 4
Pejabat Kesihatan 1
Poliklinik Komuniti 1
Klinik Desa 25
Klinik Pergigian Kerajaan 14
Klinik Swasta 24
Klinik Pergigian Swasta 6
Farmasi Swasta 4

 

SENARAI KLINIK KERAJAAN

Terdapat sebanyak 87 buah klinik kerajaan yang didirikan di sekitar negeri Melaka yang terbahagi kepada 27 Poliklinik Komuniti dan 60 klinik Desa. Klinik-klinik ini dibina bagi menampung keperluan perubatan penduduk dan pelawat ke negeri Melaka. Jumlah ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut keperluan. Lokasi klinik kerajaan adalah sekata di seluruh negeri Melaka baik di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

 

Klinik yang berdekatan dengan PEDi Taman Murai Jaya ialah :

 

POLIKLINIK KOMUNITI DURIAN TUNGGAL

Alamat : KM 16 Kg. Padang Keladi, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

No Telefon : 06 - 5531133

No Faks : 06 - 5534007

 

Senarai Klinik Kesihatan Yang Terdapat Di Daerah Alor Gajah

   DAERAH ALOR GAJAH
Nama Alamat No Telefon
Klinik Kesihatan Alor Gajah Alor Gajah, 78000 Melaka +606 5566235

Klinik Kesihatan Alor Gajah

(Jabatan  Pesakit Luar)

Alor Gajah, 78000 Melaka +606 5562333
Klinik Kesihatan Masjid Tanah Masjid Tanah, 78300 Melaka +606 3842533
Klinik Kesihatan Padang Sebang Alor Gajah, 78000 Melaka +606 5547932
Klinik Kesihatan Lubok China Lubok China, 78100 Melaka +606 6966475
Klinik Kesihatan Kuala Sg. Baru Kuala Sungai Baru, 78200   Melaka +606 3876333
Klinik Kesihatan Simpang Ampat Simpang Ampat, Alor Gajah,   78000 Melaka +606 5529497
Klinik Desa Melekek Melekek, Alor Gajah, 78000   Melaka +606 5529419
Klinik Kesihatan Hutan Percha Alor Gajah, 78000 Melaka +606 5548224

 

 

KLINIK KESIHATAN

                                                (Sumber dari Google)

 

Di Negeri Melaka juga terdapat perkhidmatan Klinik Kesihatan di sediakan di beberapa daerah. Ianya meyediakan perkhidmatan rawatan ringan seperti batuk, selsema dan penyakit ringan yang lain. Rawatan susulan untuk penyakit kronik.Objektif Klinik Kesihatan ialah menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat kesihatan di Klinik 1 Malaysia. Dibuka setiap hari dari 10.00 pagi sehingga 10 malam. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM 1.00 bagi warganegara dan RM 15.00 bukan warganegara.

 

Maklumat Lanjut sila layari : Senarai Klinik Kesihatan di Negeri Melaka