KISAH KEJAYAAN SUKU KETIGA 2017 - USAHAWAN BELIA LELAKI ( MENJUAL BARANGAN SUKAN BADMINTON )

Nama
: Mohd Farizuan Shah Bin Misnon
Ahli
: 2016
Umur
: 25 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Beliau merupakan seorang guru agama di SRA Bukit Senggeh. Beliau telah menjalankan perniagaan terus dari rumah beliau dengan menjual pelbagai barangan sukan badminton. Beliau menjalankan perniagaan di Daerah Jasin. Beliau juga sering menjadi juri di dalam sukan badminton samada di sekolah mahupun di peringkat Daerah. Secara tidak langsung beliau telah mempromosikan produk jualan beliau samada secara atas talian mahupun jualan terus kepada pelanggan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Mohd Farizuan Shah hanya menjual menerusi jualan terus kepada rakan - rakan beliau semasa menyertai acara - acara yang melibatkan sukan badminton di pelbagai tempat. Selain itu, beliau juga akan membuka gerai jualan jika terdapat karnival di dalam sesuatu kawasan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau telah mengambil inisiatif dan peluang untuk datang belajar keusahawanan di PI1M Taman Murai Jaya bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian.   Beliau juga mempelajari bagaimana mewujudkan akaun media sosial seperti facebook, belajar menggunakan banking online dan memasukan produk jualan di dalam My Shop iaitu aplikasi dashboard komuniti agar dapat meluaskan lagi pasaran jualan beliau supaya di kenali di serata negeri. Sebelum ini beliau mempunyai kedai sendiri yang menempatkan barangan jualan sukan badminton akan tetapi oleh kerana faktor kekangan masa, beliau telah menutup kedainya dan membuat jualan terus dari rumah sahaja. Beliau banyak menggunakan medium group whatsapp dan facebook perinadi untuk mempromosikan produk jualan beliau. Kini, produk jualan beliau telah mendapat jualan yang memberangsangkan.