CELIK IT

Nama
: Mohd Naufal Bin Mohd Nizam
Ahli
: 2017
Umur
: 9 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Mohd Naufal seorang pelajar darjah 3 di Sek Keb Durian Tunggal. Beliau telah di daftar oleh ibu beliau menjadi ahli untuk mengikuti kelas asas komputer. Beliau tidak pernah belajar komputer dari sekolah mahupun di tempat lain.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum ini, naufal tidak pernah di dedahkan dengan penggunaan komputer. Beliau hanya tahu menggunakan smart phone atau tablet sahaja. Oleh itu, ibunya telah mengambil pendekatan untuk datang ke PI1M untuk anaknya belajar asas penggunaan komputer dan internet agar mahir dan tidak kekok apabila menggunakannya di masa akan datang.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Setelah beberapa bulan datang belajar di PI1M, beliau telah di ajar intel easy step iaitu operasi komputer, mengenal fungsi kompenen2 komputer, notepad, mircosoft word, excel dan asas penggunaan internet.

Pada mulanya beliau agak kekok dan sedkit lambat untuk belajar menaip komputer dan memahami apa yang di ajar. Tetapi setelah kerap datang untuk mempelajarinya lebih mendalam kini beliau boleh menggunakan table tools untuk menyiapkan tugasan yang di berikan oleh petugas PI1M.

Beliau tahu bagaimana menghasilakn poster kemerdekaan, flyer dan resume menggunakan Microsoft word. Selain itu, beliau juga di ajar bagaimana mendaftar akaun email menerusi gmail dan mencipta akaun facebook.

Beliau boleh membuat setiap tugasan yang di beri tanpa bantuan dari tenaga pengajar. Sedkit sebanyak kakak beliau juga yang turut serta sama – sama belajar komputer di PI1M akan membantu adik beliau jika ada yang tidak di pahami.

Kini, beliau masih meneruskan pembelajaran komputer di PI1M supaya lebih faham dan mahir menggunakan di masa akan datang. Sesi kelas akan di teruskan dari semasa ke semasa sehingga beliau tamat belajar sehingga Microsoft power point.