KISAH KEJAYAAN SUKU KETIGA - USAHAWAN BELIA WANITA ( MENJUAL BARANGAN KRAF HASIL DIY SENDIRI )

Nama
: Nur Faherah Binti Fazilah
Ahli
: 2017
Umur
: 35 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Puan Nur Faherah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata. Beliau mengisi masa terluang dengan membuat kraftangan hasil ideanya sendiri dengan menggunakan barang - barang seperti kain flet, cotton, manik dan pelbagai lagi.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini beliau hanya menjual menerusi jualan terus kepada rakan - rakan, saudara mara serta adik beradik beliau sahaja dan tidak mempromosinya di facebook mahupun media sosial yang lain.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau telah mengambil inisiatif dan peluang belajar keusahawanan di PEDi Taman Murai Jaya dengan mempelajari bagaimana mewujudkan akaun media sosial seperti facebook, belajar menggunakan  online banking dan memasukan produk jualan di dalam My Shop iaitu  aplikasi dashboard komuniti agar dapat meluaskan lagi pasaran jualan beliau supaya di kenali di serata negeri. Beliau banyak menggunakan medium whatsapps iaitu kumpulan - kumpulan whatsapp untuk mempromosikan produk jualan beliau. Kini, dengan adanya kelas ICT di PEDi beliau telah dapat memperluaskan lagi pasaran produk - produk kraf hasilnya sendiri melalui facebook dan my Shop. Dahulunya permintaan produknya hanyalah di antara kenalan rapat kini, barangan jualan beliau telah mendapat permintaan di luar dari negeri Melaka melalui jualan atas talian.