KISAH KEJAYAAN SUKU KEEMPAT 2017 - USAHAWAN BELIA WANITA

Nama
: Siti Nor Amalia Johari
Ahli
: 2011
Umur
: 23 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Puan Amalia merupakan seorang wanita yang bekerja di sektor kerajaan. Telah berkahwin dan beliau telah menjalankan perniagaan Beliau menjalankan aktiviti perniagaan ini secara kecil-kecilan dan sampingan dengan menjadi agen ataupun dropship untuk menambahkan pendapatan keluarga di samping minat untuk berniaga untuk mengisi masa terluang.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini, Puan Amalia tidak di dedahkan dengan penggunaan komputer seperti internet untuk mencari sesuatu produk untuk di jual atau cara memulakan perniagaan dari sumber maklumat dari internet. Beliau juga tidak tahu laman web atau media social mana yang sesuai untuk memasarkan produk jualannya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Setelah mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dijalankan di PEDi Taman Murai Jaya, Puan Siti Nor Amalia kini mempunyai laman sesawang ataupun media sosial seperti Facebook dan Instagram.  Beliau telah memasarkan produk beliau di dalam media sosial dan telah pun mendapat sambutan yang amat menggalakkn di kalangan pembeli. Selain Itu, segala maklumat yang ingin di cari mudah didapati dengan hanya menggunakan internet. Hanya menggunakan Facebook sahaja beliau boleh mencari penjual yang menawarkan untuk menjadi agen dropship tanpa perlu modal dan sebagainya. Ianya sangat membantu untuk mereka yang baru hendak memulakan perniagaan. Beliau juga kerap mempromosikan produk jualannya di laman facebook seperti kumpulan facebook, kumpulan aplikasi whatsapp dan sebagainya. Selain itu, dengan adanya media sosial, seperti instagram beliau boleh menarik minat dan menambahkan bilangan pengikut dengan begitu mudah sekali. Dengan menggunakan enjin carian sepeti penggunaan hashtag (#) di laman facebook dan instagram memudahkan pelanggan mencari produk yang dingini dengan begitu mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Beliau juga menggunakan aplikasi Dashboard Pusat Internet 1Malaysia untuk mengiklankan produk yang di jual.

 

 

 

KISAH KEJAYAAN SUKU KEEMPAT 2017 - USAHAWAN LELAKI DEWASA

Nama
: Encik Adammi Bin Ahmad
Ahli
: 2017
Umur
: 58 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Encik Adammi merupakan seorang usahawan yang menjual minyak urut, minyak kuat, dan pelbagai lagi barangan yang di hasilkan dari raja kayu asli. Beliau menghasilkan sendiri produk beliau dengan menggunakan raja kayu tersebut. Beliau membuka kedai di Taman Murai Jaya dan beliau juga mengambil upah mengurut tenaga batin dan seluruh badan untuk lelaki.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini, beliau hanya memprosikan jualan produknya di kedai sahaja dan dari mulut ke mulut sahaja. Beliau mengambil inisiatif hanya dengan mengedarkan flyers di kedai – kedai berhampiran dan meletakkan produknya di kedai yang terpilih sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau asalnya menetap di Johor Bahru dan menjalankan perniagaan beliau di perusahan melalui rumah sahaja. Setelah berpindah ke Melaka kira - kira setahun yang lalu beliau telah membuka kedainya berhampiran dengan PEDi Taman Murai Jaya dan telah mengambil inisiatif dengan menjadi ahli PEDi dan menggunakan segala kemudahan yang terdapat di PEDi. Beliau telah di ajar oleh petugas bagaimana mempromosikan produk beliau melalui aplikasi Dashboard Komuniti dan menggunakan kemudahan internet di sini untuk online banking, bagaimana mengedit gambar dan sebagainya. Sesekali sekala beliau akan datang ke PEDi untuk meminta bantuan dari petugas bagi membantu beliau menggunakan komputer seperti mircrosoft word dan excel di dalam urusan perniagaan beliau. Beliau juga menggunakan kemudakan wifi yang terdapat di sini untuk memprosikan produk beliau bila - bila masa  sahaja. Beliau banyak memprosikan produk jualan beliau didalam group whatsapp dan sebagainya. Kini, perniagaan beliau telah mendapat perhatian masyarakat di kawasan sekitar. Selain itu ramai juga di antara pelanggan beliau yang datang dari Luar Negeri Melaka untuk mendapatkan perkhidmatan urutan badan. Produk jualan beliau juga telah di pasarkan di Negara Singapura.