CELIK IT

Nama
: Muhammad Adam Hakimi Bin Mohd Paizal
Ahli
: 2016
Umur
: 10 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Adam Hakimi seorang pelajar darjah 4. Beliau telah di daftar oleh bapa beliau menjadi ahli untuk mengikuti kelas asas komputer. Beliau tidak pernah belajar komputer dari sekolah mahupun di tempat lain.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini, Adam tidak pernah di dedahkan dengan penggunaan komputer. Oleh itu, bapanya telah mengambil pendekatan untuk datang ke PEDi untuk anaknya belajar asas penggunaan komputer dan internet agar mahir dan tidak kekok apabila menggunakannya di masa akan datang.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Setelah beberapa bulan datang belajar di PEDi, beliau telah di ajar intel easy step iaitu operasi komputer, mengenal fungsi kompenen - kompenan komputer, mircosoft word dan asas menaip.

Pada mulanya beliau agak kekok dan sedikit lambat untuk belajar menaip komputer dan memahami apa yang di ajar. Tetapi setelah kerap datang untuk mempelajarinya lebih mendalam kini beliau boleh menggunakan table tools untuk menyiapkan tugasan yang di berikan oleh petugas PEDi.

Beliau tahu bagaimana menghasilkan poster kemerdekaan, flyer dan resume menggunakan Microsoft word. Disebabkan Adam seringkali lupa pembelajaran terdahulu dan pembelajaran beliau yang agak perlahan petugas terpaksa mengulangi pembelajaran yang sebelumnya. Akan tetapi beliau ada menunjukkan peningkatan positif dari hari ke hari. 

Kini, beliau masih meneruskan pembelajaran komputer di PEDi supaya lebih faham dan mahir menggunakan di masa akan datang. Sesi kelas akan di teruskan dari semasa ke semasa sehingga beliau mahir menggunakan MS Word.