CELIK IT

Nama
: Fong Yong Qin
Ahli
: 2018
Umur
: 16 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Fong Yong Qin seorang pelajar tingkatan 4. Beliau telah mendaftar menjadi ahli untuk mengikuti kelas lanjutan komputer

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini, Fong hanya di dedahkan dengan asas penggunaan komputer. Oleh itu, beliau telah mengambil pendekatan untuk datang ke PEDi untuk belajar lebih lanjut penggunaan komputer dan internet agar mahir dan tidak kekok apabila menggunakannya di masa akan datang.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Setelah beberapa bulan datang belajar di PEDi, beliau telah di ajar intel easy step iaitu operasi komputer, mengenal fungsi mircosoft word, mircosoft excel, dan mircosoft powerpoint.

Memandangkan beliau telah mempunyai asas proses pembelajaran yang seterusnya lebih mudah lebih kepada ulangkaji juga penambahbaikkan dari segi penggunaan tools dan beberapa skill 'editing'.

Ini membantu beliau dalam menyiapkan tugasan untuk melengkapkan folio subjek seperti Pengurusan Perniagaan yang memerlukan beliau untuk membuat leger, logo syarikat dan portfolio untuk syarikat.

Kini, beliau masih meneruskan pembelajaran komputer di PEDi supaya lebih faham dan mahir menggunakan di masa akan datang. Sesi kelas akan di teruskan dari semasa ke semasa sehingga beliau mahir menggunakan perisian.