KISAH KEJAYAAN SUKU PERTAMA 2021 - USAHAWAN BELIA WANITA

Nama
: Nur Hasnida binti Abu
Ahli
: 2020
Umur
: 28 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Cik Nur Hasnida merupakan usahawan muda yang baru berjinak - jinak dalam bidang perniagaan selepas tamat pengajian. Beliau mengusahakan perniagaan bayam goreng dan peria goreng secara kecil - kecilan disebabkan faktor susah untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini beliau hanya bergantung dengan kehadirian pelanggan dari penduduk setempat. Dimana merupakan kaedah konvensional yang mana digunakan oleh semua peniaga.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Setelah mempelajari cara membuat pemasaran online melalui shoppe dan beberapa media sosial yang lain termasuk Facebook banyak bertanya bagaimana teknik pemasaran terkini bagi menggalakkan kehadiran pelanggan kepada kami. Beliau juga telah mula mengiklankan perniagaan beliau di Shoppe, Facebook Page, Instagram dan MyShop bagi menggalakkan pelanggan dari luar. Beliau juga menggunakan medium status dan group whatapps sebagai medium untuk pengiklanan berkesan. Disamping itu beliau turun mempelajari bagaimana untuk menghasilkan gambar - gambar yang menarik untuk tujuan pengiklanan dengan menggunakan perisian canva dan Ms Power Point

 

     

                                                         

KISAH KEJAYAAN SUKU PERTAMA 2018 - USAHAWAN BELIA LELAKI

Nama
: Muhammad Sazali Bin Abu
Ahli
: 2020
Umur
: 23 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Encik Muhammad Sazali merupakan seorang pembantu perubatan yang memilih untuk menjadi usahawan secara separuh masa bagi menambah sumber pendapatan. Beliau bermula dengan menjadi dropship minyak wangi. Terkini beliau mengendalikan perkhidmatan 'bouquet' untuk hari jadi mahupun apa - apa majlis.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini beliau tidak mempunyai pengetahuan untuk menyunting gambar menggunakan canva serta mempromosi menggunakan shoppe.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau telah mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebok dan shoppe juga suka bertanya tentang cara bagaimana untuk melakukan pemasaran terkini melalui online. Beliau juga belajar bagaimana menggunakan dashboard sebagai medium pengiklanan. PEDi membantu beliau mempromosikan produk beliau di dashboard komuniti. Juga PEDi membantu beliau cara bagaimana untuk melakukan mempromosi dan pengiklanan berkesan produk beliau melalui Facebook dan Whatapps. Juga bagaimana menghasilkan gambar yang menarik untuk tujuan pengiklanan