KISAH KEJAYAAN 2022 - USAHAWAN WANITA

Nama
: Faridah Binti Che Mohd Nor
Ahli
: 2022
Umur
: 48 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Puan Faridah Binti Che Mohd Nor merupakan usahawan wanita yang telah mempunyai homestay. Dahulunya beliau hanya mendaftar dengan pengusaha homestay Negeri Melaka dimana pelanggan homestay beliau bergantung kepada promosi page Homestay Negeri Melaka dan pengiklanan melalui mulut ke mulut

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Sebelum ini beliau hanya bergantung dengan kehadirian pelanggan dari penduduk setempat. Dimana merupakan kaedah konvensional yang mana digunakan oleh semua peniaga.Juga pelanggan homestay beliau bergantung kepada promosi page Homestay Negeri Melaka dan pengiklanan melalui mulut ke mulut

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Setelah mempelajari cara membuat pemasaran online melalui facebook page dan beberapa media sosial yang lain termasuk whatapps banyak bertanya bagaimana teknik pemasaran terkini bagi menggalakkan kehadiran pelanggan kepada kami. Beliau juga telah mula mengiklankan perniagaan beliau dengan berkongsi Facebook page beliau ke page - page popular yang lain bagi menggalakkan pelanggan dari luar. Beliau juga menggunakan medium status dan group whatapps sebagai medium untuk pengiklanan berkesan. Disamping itu beliau turun mempelajari bagaimana untuk menghasilkan gambar - gambar yang menarik untuk tujuan pengiklanan dengan menggunakan perisian canva dan Ms Power Point

     

                                                         

KISAH KEJAYAAN SUKU PERTAMA 2018 - USAHAWAN BELIA LELAKI

Nama
: Muhammad Sazali Bin Abu
Ahli
: 2020
Umur
: 23 Tahun

LATAR BELAKANG

Encik Muhammad Sazali merupakan seorang pembantu perubatan yang memilih untuk menjadi usahawan secara separuh masa bagi menambah sumber pendapatan. Beliau bermula dengan menjadi dropship minyak wangi. Terkini beliau mengendalikan perkhidmatan 'bouquet' untuk hari jadi mahupun apa - apa majlis.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Sebelum ini beliau tidak mempunyai pengetahuan untuk menyunting gambar menggunakan canva serta mempromosi menggunakan shoppe.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau telah mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebok dan shoppe juga suka bertanya tentang cara bagaimana untuk melakukan pemasaran terkini melalui online. Beliau juga belajar bagaimana menggunakan dashboard sebagai medium pengiklanan. PI membantu beliau mempromosikan produk beliau di dashboard komuniti. Juga PEDi membantu beliau cara bagaimana untuk melakukan mempromosi dan pengiklanan berkesan produk beliau melalui Facebook dan Whatapps. Juga bagaimana menghasilkan gambar yang menarik untuk tujuan pengiklanan