Pusat Sebaran Maklumat Nasional TAMAN MURAI JAYA (NADI)

                                  Taman Murai Jaya, Durian Tunggal mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pembangunan laman portal 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Projek NADI ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta TM Berhad.

         
      NADI merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan diselia oleh MSD Digital Intelligence. ianya di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar. Sebanyak 14 NADI telah diwujudkan di negeri Melaka yang terdiri dari fasa 1, 2, 3, 4, dan 5.
    Sebanyak 12 NADI untuk Fasa Pilot, 74 pusat untuk Fasa 1-X (yang dahulunya dikenali sebagai Fasa 1). Manakala sebanyak 52 pusat telah diwujudkan untuk fasa 2 dan 37 pusat untuk Fasa Felda, Fasa Telephony sebanyak 105, dan 30 pusat internet bagi Fasa Clawback 2013 dan 2014. Fasa Urban Poor dan CBL Enchancement sebanyak 10 dan 42 pusat telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
 
       Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedi Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan NADI Taman Murai Jaya merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah - sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysian yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
 
        Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat - maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagi pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:
 
  • E - Perkhidmatan Kerajaan (E - Government)
  • E - Pembelajaran (E - Learning)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat Pembangunan Aplikasi Berdasarkan Perkongsian Perisian
  • Pusat Peperiksaan dan Persijilan
 

 maklumat boleh didapati di  laman web USP SKMM

                                                                                   http://usp.skmm.gov.my/

OBJEKTIF PENUBUHAN
 
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

  • Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan

  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan Internet

  • Meningkatkan taraf sosio - ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

KEPENTINGAN PENGGUNAAN APLIKASI ELEKTRONIK

  • Warga Komuniti ini boleh menjalankan pelbagai urusan dengan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Hanya perlu mengunjungi NADI dan gunakanlah kemudahan jalur lebar yang telah disediakan.
  • NADI menawarkan Latihan ICT (Information and Comunication Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan

 

PERKHIDMATAN NADI

Pada asalnya NADI Taman Murai Jaya adalah di Machap Air Pasir, tetapi telah berpindah di kawasan Durian Tunggal pada Januari 2015 dan mula beroperasi pada Februari 2015. Walaupun telah berpindah tempat, PEDi tetap beroperasi seperti biasa dan tidak mengubah sebarang masa dan sebagainya.

WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN NADI TAMAN MURAI JAYA

HARI
MASA
Isnin - Ahad
9.00 pagi - 6.00 petang

 

Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang kecuali Jumaat 12.30 tengahari - 2.30 petang

  • PEDi ditutup pada hari cuti umum

 

CAJ PERKHIDMATAN TERKINI

Untuk makluman Komuniti, bermula 01 April 2016 Caj perkhidmatan telah berubah. Berikut adalah senarai harga perkhidmatan komputer mengikut kategori :-

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Pembelajaran Kelas secara Percuma

         

  • Perkhidmatan komputer / internet

Ahli            : RM 1.00

Bukan Ahli : RM2.00

  • Fotostat

         

  • Mencetak (Printing) biasa / berwarna

          

  • Liminate

        

  • Scaning / Mengimbas

        

  • Binding / Jilid

         

  • Menaip Dokumen

      

  

  • Sewaan bilik / kelas

Harga bergantung kepada rundingan

dfbf5bf8 e524 453d b2ff 23ff2604be0d

  • Wifi Percuma (Ahli Sahaja)

      

  

  • Perkhidmatan GDEX
  • Pusat E - rezeki

erezeki plag

PROGRAM YANG DIJALANKAN DI NADI  TAMAN MURAI JAYA

KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

  • Panduan keselamatan di internet
  • Risiko - risiko melayari internet

      

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara posotof berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self - regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk :-

  • Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak Internet)
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepantingan kawal selia kendiri
  • Program ini menitikberatkan prinsip - prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang

 

KELAS KEUSAHAWANAN

  • Pengenalan kepada laman web
  • Asas pembangunan laman web
  • Perniagaan atas talian
  • Media sosial
  • Perbankan atas talian

       

KELAS ASAS KOMPUTER

  • Microsoft Office

              

    

  • Intel Easy Step

             

     

BASIC PHOTOSCAPE DAN PAINTING

           

KELAS ADOBEPHOTOSHOP (ASAS SAHAJA)

    

             

KELAS ASAS MEDIA BARU

  • Email (Cara membuat e - mail menggunakan Yahoo dan Gmail)
  • Facebook (Cara mendaftar dan membuat facebook baru)
  • Instagram
  • Blogspot
  • Dan sebagainya *(mengikut permintaan peserta kelas)

 

PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Kelas Tutor TV

  • UPSR
  • PT3
  • SPM

   

           

E - APLIKASI

  • E - Pembelajaran
  • E - Dagang
  • E - Kerajaan

 

PETA LOKASI NADI TAMAN MURAI JAYA

ALAMAT

No 4228 Jalan Murai Jaya 3,

Taman Murai Jaya,

76100 Durian Tunggal,

Melaka

//www.google.com.my/maps/place/PI1M+Tmn+Murai+Jaya/@2.3131258,102.2811878,17z/data=!4m2!3m1!1s0x31d1e4911ec30e8d:0xb60e8fab258c5556" data-mce-href="https://www.google.com.my/maps/place/PI1M+Tmn+Murai+Jaya/@2.3131258,102.2811878,17z/data=!4m2!3m1!1s0x31d1e4911ec30e8d:0xb60e8fab258c5556">Latitude : 2.31421 Longitude : 102.28428

FACEBOOK NADI TAMAN MURAI JAYA

NADI Taman Murai Jaya juga telah membuat 1 laman Facebook bagi memudahkan komuniti setempat mendapatkan sebarang maklumat terkini dari masa semasa ke semasa.

  Facebook Page : NADI Taman Murai Jaya

Jangan lupa 'LIKE" dan mendapatkan maklumat terkini dari laman facebook NADI Taman Murai Jaya, Durian Tunggal, Melaka.

Dijemput juga 'LIKE' Facebook page Menarik di Alor Gajah untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelancongan, aktiviti menarik di Alor Gajah, makanan, info terkini dan banyak lagi mengenai Alor Gajah dan Masjid Tanah. Page ini dikelolakan oleh #clusteralorgajah

  Facebook Page : Menarik  Di  Alor  Gajah

AL - FITRAH

Al - Fitrah merupakan 1 laman yang dibangunkan untuk komuniti mendapatkan maklumat mengenai penerangan dan tunjuk ajar Islam yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad SAW. Yang mana ajaranya telah diamalkan oleh para sahabat dan para tabi'in. Disini dihimpunkan informasi yang diperlukan untuk diketahui yang berlandaskan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sila  facebook Al - Fitrah untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini :

https//:www.facebook.com/al.fitrah.39

Disertakan website Al - Fitrah untuk perkongsian ilmu :

http://www.alfitrah.my

APLIKASI SOLAT FARDHU

Anda boleh muat turun aplikasi SOLAT FARDHU  di play store. Modul Solat Fardhu sangat membantu memberikan panduan tentang cara mendirikan solat dengan betul dan meningkatkan pemahaman tentang perkara utama yang berkaitan dengan solat lebih sempurna. Aplikasi ini telah dibangunkan oleh MSD DIGITAL INTELLIGENCE SDN BHD

APLIKASI SURAH AL - FATIHAH

Anda juga boleh memnuat turun aplikasi surat Al - Fatihah secara percuma di Play Store. Aplikasi ini juga telah dibangunkan oleh team Al - Fitrah MSD DIGITAL INTELLIGENCE SDN BHD